SHAH ALAM, 22 SEPT- Perbuatan tidak berasas dan tidak boleh diterima. Itu reaksi Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu berhubung pembunuhan sembilan ekor anjing pelbagai baka yang dipercayai digunakan bagi mengawasi kawasan Ladang Gadong milik suspek utama kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Menurut berita yang dipaparkan di surat khabar harian, anjing-anjing ini disuntik dengan menggunakan ubat pelali berdos tinggi yang membawa maut di ladang ternakan di Sungai Gadong.
Operasi menyuntik ubat pelali tersebut disertai pegawai polis, pegawai-pegawai serta pasukan penangkap anjing Majlis Daerah Kuala Langat.
Menurut Ronnie Liu, beliau rasa terkejut dan hampa apabila mendapat tahu berita yang menyayat hati ini.
“Pandangan saya, anjing-anjing tersebut sepatutnya ditangkap, diberikan ubat pelali dos rendah (tranquiliser) dan seterusnya dihantar ke pusat-pusat perlindungan haiwan atau ke RSPCA Selangor.
“Saya juga ingin menegaskan bahawa garis panduan untuk menangani situasi ini akan dikeluarkan dalam masa dua minggu lagi untuk digunakan oleh Kerajaan Negeri Selangor,” ujar Ronnie Liu.
Garis panduan ini termasuklah mengeluarkan kompaun ke atas pemilik-pemilik yang tidak bertanggungjawab dan lalai dalam penjagaan haiwan peliharaan mereka seperti anjing dan haiwan-haiwan yang lain.
Selain daripada itu, garis panduan tersebut juga akan memastikan tiada lagi ‘pembunuhan’ kejam sebegini berlaku dan untuk mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak tertentu.
Tegas Ronnie, pembunuhan kejam anjing-anjing ini harus dilihat dari pandangan yang lebih serius agar kejadian yang mendukacitakan ini tidak berulang lagi.
Menurut laporan akhbar harian itu lagi, anjing-anjing di Ladang ini sukar dikawal dan bertindak ganas akibat lapar kerana tidak diberi makanan.
Seperti kita tahu ronnie liu ni lebih mengambil berat tentang anjing daripada manusia. teruk betul mereka ini..sampai isu ni pon nak politikkan, semasa pembunuhan datuk sosilawati dan rakan..mereka mengambil dasar berdiam diri tetapi apabila anjing yang mati mereka bersuara mcm beruk kena belacan sebab mereka boleh politikkan isu ini..ish ish teruk betul.
0 comments