Mitsubishi Lancer 2.0 = Proton Waja 2010?

Posted by Email : kazax240@yahoo.com Sunday, July 25, 2010

Rasa teruja bila dengar kereta proton waja 2010 akan dikeluarkan tidak lama lagi berikutan satu perjanjian terbaru antara Proton dan Mitsubishi telah dilakukan dimana waja 2010 akan menggunakan bentuk model Mitsubishi Lancer 2.0.

Setelah melakukan liputan demi liputan, ada pulak pihak mengatakan Mitsubishi akan dikatakan memberhentikan model Lancer mereka kat Malaysia kerana persaingan yang agak ketara dengan model Honda Civic dan Toyota Altis. Saya pun tidak pasti tentang pemberhentian model lancer ini, apa-apa pun kita tunggu ajalah.

Khabar baiknya, Proton Waja 2.0 baru 2010 ini nanti akan dijual menjelang akhir 2010 ini dimalaysia dengan harga atas jalan lebih kurang dalam RM80k dan jika dibandingkan dengan harga mitsubishi lancer 2.0 dimalaysia yang mencecah harga hampir RM120k. selain itu, kereta proton waja 2010 ini bakal menggunakan engin kereta proton putra yang lama dahulu. Kesahihannya tidak berapa pasti, kita tunggu sahaja lah. disini, saya juga menyertakan beberapa gambar yang dikatakan Proton Waja 2010 ini untuk santapan semua orang.



Begini kah Proton Waja 2010?


Atau begini?



Proton Waja 2010 Spyshot?

0 comments

Post a Comment

bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark


Get your own Digital Clock

♥Klik Iklan ini♥