Salam, semoga kita diberkati dan dilindungi dibawah kekuasaan-Nya. Maybe benda ini sudah ramai tahu. tetapi ingin nk postkan dekat blog sendiri. readers, sebar-sebarkan lah yer.
Dalam video terbaru dia.
Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala telah ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa penjara agaknya. Salah satu lelaki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram.
Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman. Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus). Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? Lepas tu dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapannya tak. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham. Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro ?
Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian memakai satu gogel. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya.
Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih. Okay jadi boleh nampak
“She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”
Selepas sahaja lirik tu. Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu agama yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?
“In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power, Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”- Manly P. Hall
Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .
Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name ,Don't call my name, Bye Fernando .
I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)
Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.
Lepas tu video menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer. Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi menyembah Lucifer.
I’m not your babe I’m not your babe, Fernando. Waktu menyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian Katolik kerana pada mereka dianggap Suci. Janganlah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka. Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri. Kita yang kena cari apa maksud disebalik simbol tu.
"Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus)"
Dan di akhir video. Ditunjukkan Gaga telah menjadi patung dikawal. Pada mulanya Gaga mengawal lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula dikawal. Oleh siapa ? Fikir-fikirkanlah siapa yang mengawal cik Gaga ni. Siapa dalang disebalik semua ni ? Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapannya
Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan perlu untuk ditafsirkan. Boleh jadi macam-macam. Bergantung kepada pengetahuan anda dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang Gaga nak
tq..sebab post info nie..
ok x pe..kite same2 share benda ini :p