Ketua Bank Pusat Terbaik Di Dunia dari malaysia terpilih

Posted by Email : kazax240@yahoo.com Wednesday, September 15, 2010

http://web7.bernama.com/bernama/newspic/bu/KL01_050608_ZETI_MEDIA.jpg

Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Baju Krim)


Daripada pengiktirafan daripada majalah yang beribu pejabat di New York, Global Finance, menamakan Gabenor Bank Negara (malaysia), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz sebagai seorang daripada ketua bank pusat terbaik dunia sepanjang setahun lalu. Terdapat enam lagi ketua bank pusat yang dikatakan terbaik setanding Tan Sri Dr.Zeti. Terasa bangga malaysia tersenarai, tetapi masih ramai yang sibuk mengutuk negara sendiri. Sudah-sudah la.

Tan sri Dr. Zeti dan enam ketua bank pusat yang lain itu diberikan gred “A” dalam rencana tahunan terbitan majalah berkenaan yang bertajuk “Central Banker Report Card” bagi kejayaan dalam bidang seperti kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.

Gred berkenaan adalah antara A hingga F, dengan A yang tertinggi, manakala F terendah. Di mana Gred A menunjukkan prestasi cemerlang dan gred F pula kegagalan, demikian menurut Global Finance dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua bank pusat yang lain yang menerima gred tertinggi ialah Ketua Bank Pusat Australia, Glenn Stevens; Stanley Fischer (Israel); Lee Seong-tae (Korea Selatan); Fai-Nan Perng (Taiwan); Durmus Yilmaz (Turki); dan Trichet (Kesatuan Eropah).

Majalah berkenaan mempunyai pembaca di 163 negara yang terdiri daripada pengamal kewangan syarikat-syarikat multinasional, dan mempunyai pejabat di London dan Milan, selain ibu pejabat di New York.


http://img221.imageshack.us/img221/289/malaysia502007pnews243pc6.jpg

(Ringgit Malaysia)

0 comments

Post a Comment

bookmark
bookmark
bookmark
bookmark
bookmark


Get your own Digital Clock

♥Klik Iklan ini♥